20 December 2007

20 Disember 2007

7:40 pg.

Hari ini umat Islam di Malaysia menyambut hari raya korban, atau juga dikenali sebagai aidiladha. Para jemaah haji di Mekah sudah menyambutnya semalam, kerana mereka sudah wukuf di Arafah dua hari yang lalu. Faatihah pun tak faham, kenapa Malaysia selalu silap tentukan tarikh hari raya. Faatihah pun sebenarnya tak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'hari raya', sebab Faatihah kan kecik lagi...

Pagi-pagi lagi Faatihah dah bangun. Semua orang sibuk bersiap nak ke masjid. Tokma dan mok Ana masih di dapur, menyediakan juadah istimewa kegemaran semua - nasi dagang. Malangnya, semua orang tak sempat bersarapan kerana jam sudah menghampiri 8:30, nanti tak sempat berjamaah. Lepas solatlah kita makan.

Lepas solat sunat aidiladha, ayohngoh dan mokngoh datang dari Kelang, beraya bersama-sama dengan Faatihah. Lepas tu, aboh pergi tengok orang sembelih lembu korban di masjid Sg. Merab. Paksu pun ikut sekali. Faatihah tak ikut, sebab Faatihah pun belum kenal apa itu lembu. Satu-satunya haiwan yang Faatihah kenal ialah Tebby.

6:00 ptg.

Aboh, ummi, Faatihah dan paksu balik ke rumah enche' di Wangsa Maju. Aboh pandu kereta slow aje, tapi cepat sampai. Faatihah dengar aboh kata, hari ni semua jalan di sekitar KL sangat lengang, tak banyak kereta, sebab itu kita sampai cepat. Ramai orang balik kampung agaknya. Jam baru menunjukkan 6:30 petang.