09 January 2008

9 Januari 08

9:40 pg.

Aboh dah masak air. Faatihah dah bersedia nak mandi. Hari ni Faatihah ada appointment di klinik Sg Merab. Aboh bawa Faatihah dan ummi ke sana.

Sampai je di klinik, Faatihah kena buka semua pakaian, termasuk lampin. Ummi letak Faatihah di atas mesin penimbang. Wow! Berat badan Faatihah dah menjangkau 4.6 kg. Faatihah tengok makcik berpakaian putih yang bertugas di klinik tu buat tanda di atas kertas yang ada lakaran seperi graf tu. Berat badan Faatihah meningkat agak banyak, hampir-hampir mencecah garisan obesiti. Patutlah Faatihah selalu dengar aboh kata Faatihah gemuk. Ukuran tinggi Faatihah dan mencecah 61 sm, 6 sm lebih tinggi berbanding sebulan lalu.

Lepas ambil ukuran berat dan tinggi, ummi bawa Faatihah masuk ke sebuah bilik. Tak lama lepas tu, Faatihah rasa macam ada sesuatu menggigit peha Faatihah. Kerana kesakitan, Faatihah menangis sekuat hati. Faatihah tak tahu yang pada ketika itu, Faatihah sebenarnya sedang diberi suntikan antibodi yang wajib diambil oleh semua bayi seusia Faatihah.

Aboh bawa ummi dan Faatihah balik ke rumah. Faatihah diberi makan ubat pekat berwarna merah. Faatihah tak tahu nak gambarkan bagaimana rasa ubat tu, tapi Faatihah sebenarnya tak suka! Tak lama lepas tu, Faatihah tak sedar apa-apa lagi.

6:15 ptg.

Hari ni adalah hari terakhir kita berada dalam tahun 1428 hijrah. Kira-kira sejam dari sekarang, kita akan menyambut tahun baru, 1429.

Faatihah dah mandi petang. Aboh dan ummi bersiap-sedia nak baca doa akhir tahun, diikuti doa awal tahun selepas masuk waktu maghrib nanti. Faatihah tengok TV, ada siaran langsung majlis bacaan doa awal tahun/akhir tahun dari Masjid Negara. Aboh dan ummi dah habis baca doa akhir tahun dan dah nak mula baca doa awal tahun, tapi diorang kat dalam TV tu masih belum mula baca doa akhir tahun pun lagi. Rupa-rupanya mereka sedang menanti ketibaan YDP Agong. Akhirnya, selepas masuk waktu maghrib, barulah diorang baca doa akhir tahun. Kelakar betul... 'setahun' diorang menunggu YDP Agong!

05 January 2008

4 Januari 08

9:30 pg.

Hari ni Faatihah bersarapan dengan aboh dan ummi, ditemani Tebby. Faatihah sebenarnya belum boleh makan apa-apa pun, cuma bergayut kat bahu ummi je, hehehee... Mood Faatihah hari ni agak baik sikit, tak macam semalam, merengek aje sepanjang hari. Ummi pun pening kepala.

Lepas mandi, macam biasalah, Faatihah pula akan 'bersarapan', diikuti rutinzzz... zzzz... zzzzz...

Aboh nak keluar pergi kutip hutang dengan customer.

04 January 2008

3 Januari 08

10:00 pg.

Hari ni adalah hari pertama persekolahan tahun 2008. Semua pelajar sekolah akan ke sekolah semula setelah bercuti selama kira-kira 7 minggu. Faatihah juga akan mula bersekolah, pada Januari 2014, kira-kira 7 tahun dari sekarang. Hari ni aboh tak keluar bekerja. Tapi, aboh kata, kerja masih berlambak-lambak nak diselesaikan.

Mood Faatihah tak berapa baik la pagi ni. Mandi pun lambat.

12:47 tgh.

Ummi memasak di dapur, tapi sekejap-sekejap ummi kena jengah ke bilik, sebab Faatihah tak berhenti-henti melalak.