12:15 pg.
Aboh daftarkan ummi masuk wad. Sesudah menghantar semua beg dan barang-barang keperluan, aboh balik ke rumah. Baru sejam lelapkan mata (belum lelap pun sebenarnya), aboh terima mesej daripada ummi. Aboh perlu ke hospital semula dan bersedia kerana ummi sudah rasa sakit sangat-sangat.
Aboh sampai di hospital sekitar jam 2:30 pagi. Ummi sudah berada di labour room. Aboh belum dibenarkan masuk kerana ummi belum betul-betul nak bersalin. Aboh cuma berlegar-legar di sekitar lobi dewan bersalin, dan sesekali aboh keluar kerana tak tahan dengan kesejukan aircond kat dalam tu. Tersumbat hidung aboh dibuatnya.
4:55 pg.
Nurse panggil aboh masuk. Ummi dah nak bersalin. Alhamdulillah, ummi selamat lahirkan Faatihah tak sampai 10 minit lepas tu. Aboh sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi kemudahan ummi bersalin tanpa sakit-sakit teruk. Maka lahirlah buah hati aboh dan ummi yang ditunggu-tunggu semenjak lebih 9 bulan yang lalu.
Selepas sejam Faatihah lahir, ummi dan Faatihah dibawa ke wad. Aboh tak dibenarkan ikut. Sambil menunggu waktu subuh, aboh hantar mesej kepada semua ahli keluarga. Aboh balik ke rumah selepas terlelap di dalam kereta sehingga lebih kurang jam 8:00 pagi.
11 November 2007
10 November 2007
10 November 2007
3:00 ptg.
Selepas menghadiri jemputan rumah terbuka Aidilfitri di UKM, aboh bawa ummi pergi hantar laptop yang sudah siap diservis. Customer aboh tu dalam perjalanan balik dari Kelang sejak lepas zohor tadi, tapi hingga ke saat ini masih tak sampai-sampai lagi ke rumahnya di Cheras.
Hari ni jem teruk seluruh KL, sampailah ke Kelang. Kenapa? Sebab polis buat roadblock besar-besaran nak halang orang ramai daripada menghadirkan diri ke perhimpunan Bersih yang diadakan di Dataran Merdeka. Bukan Kelang sahaja, malahan seluruh lokasi strategik di sekitar lembah kelang menjadi 'mangsa', termasuklah Bangi dan Kajang.
Kenapa polis halang orang ramai hadir ke perhimpunan tu? Kenapa mereka dan keluarga mereka tu takut sangat kalau ramai orang hadir? Mereka sebenarnya takutkan bayang-bayang sendiri. 'Demokrasi' la tu kononnya...
Lepas solat asar di Masjid Batu 9, barulah aboh dapat jumpa dengan customer tu, dan serahkan laptopnya. Aboh tak boleh tunggu lama-lama sebab masa tu dah ada tanda-tanda besar yang Ummi nak bersalinkan Faatihah.
9:00 mlm.
Aboh sebenarnya agak keberatan nak bawa ummi ke hospital. Entahlah. Aboh terkenangkan saat temankan ummi ketika ummi lahirkan Faatih, abang Faatihah di HUKM dulu. Aboh tabik dengan ummi dan seluruh ibu di dunia ini yang mampu mengharungi saat-saat genting seperti itu. Aboh sendiri pun takkan sanggup. Lagipun, doktor jangkakan ummi akan bersalin pada 14 November - ada 4 hari lagi. Sampai di hospital, ummi terus dibawa masuk ke bilik persediaan. Kata petugas di situ, ummi belum betul-betul bersedia nak bersalin. Walau bagaimanapun, ummi perlu ditahan di wad, kerana tanda-tanda ke arah itu sudah ada.

Subscribe to:
Posts (Atom)