12:15 pg.
Aboh daftarkan ummi masuk wad. Sesudah menghantar semua beg dan barang-barang keperluan, aboh balik ke rumah. Baru sejam lelapkan mata (belum lelap pun sebenarnya), aboh terima mesej daripada ummi. Aboh perlu ke hospital semula dan bersedia kerana ummi sudah rasa sakit sangat-sangat.
Aboh sampai di hospital sekitar jam 2:30 pagi. Ummi sudah berada di labour room. Aboh belum dibenarkan masuk kerana ummi belum betul-betul nak bersalin. Aboh cuma berlegar-legar di sekitar lobi dewan bersalin, dan sesekali aboh keluar kerana tak tahan dengan kesejukan aircond kat dalam tu. Tersumbat hidung aboh dibuatnya.
4:55 pg.
Nurse panggil aboh masuk. Ummi dah nak bersalin. Alhamdulillah, ummi selamat lahirkan Faatihah tak sampai 10 minit lepas tu. Aboh sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi kemudahan ummi bersalin tanpa sakit-sakit teruk. Maka lahirlah buah hati aboh dan ummi yang ditunggu-tunggu semenjak lebih 9 bulan yang lalu.
Selepas sejam Faatihah lahir, ummi dan Faatihah dibawa ke wad. Aboh tak dibenarkan ikut. Sambil menunggu waktu subuh, aboh hantar mesej kepada semua ahli keluarga. Aboh balik ke rumah selepas terlelap di dalam kereta sehingga lebih kurang jam 8:00 pagi.